Goretzka gesa peminat bangkit lawan perkauman

By Staff Writer 23 March 2019 393
Goretzka gesa peminat bangkit lawan perkauman
Leon Goretzka merayu kepada penyokong agar menolak fahaman perkauman sambil menegaskan insiden yang menimpa rakan sepasukannya dalam skuad Jerman, Leroy Sane dan Ilkay Gundogan, sebagai sesuatu yang teruk.

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) kelmarin mengeluarkan kenyataan mengecam insiden sewaktu pertemuan Jerman dan Serbia yang berakhir dengan keputusan 1-1 di mana Sane dan Gundogan dimalukan oleh sebilangan kecil penonton di Wolfsburg.

Seorang wartawan mengirimkan video yang disifatkan sebagai cubaan memalukan di laman Facebook sehingga membuatkan Goretzka bertindak dengan bercakap mengenai situasi itu ketika sidang media.

"Saya mahu bercakap tentang isu ini," ujar Goretzka.

"Saya turun menyaksikan video itu. Keseluruhannya, situasi itu sangat teruk.

"Saya rasa patut lakukan apa sahaja untuk menentang kelompok ini. Saya membesar di Ruhrpott dan apabila orang bertanya, anda hanya menjawab Schalke, Borussia Dortmund atau Bochum.

"Dalam DFB, sering kali kami katakan tentang kepelbagaian.

"Jadi, perkara ni adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Dia menegaskan  bahawa tiada siapa yang patut mempertahankan golongan ini dan saya hanya datang menyokong dengan keinginan."

About Author

Staff Writer

Comment