Kejohanan AFF B-18: Kamarul Ariffin dilantik pengurus

By Staff Writer 19 July 2019 1034
Kejohanan AFF B-18: Kamarul Ariffin dilantik pengurus
Pengurus PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, menyifatkan pelantikannya sebagai pengurus skuad B-19 negara sebagai satu lagi penghormatan selepas dipilih menjadi ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kamarul Ariffin dipilih bagi menggantikan Datuk Ab Ghani Hassan yang melepaskan tugas berkenaan berkuat kuasa Rabu lalu.

Pelantikan itu dibuat FAM lima hari selepas beliau dipilih sebagai exco badan induk itu bagi menggantikan Subkhiddin Salleh yang melepaskan jawatan November tahun lalu.

Namun, beliau mengakui cabaran besar menantinya walaupun skuad B-19 negara adalah pasukan ketiga negara selepas skuad senior dan B-23.

"Pasukan ini adalah DNA skuad kebangsaan. Saya mengambil tanggungjawab ini dan akan berusaha memberikan yang terbaik untuk mara lebih jauh," katanya.

Ini bermakna beliau akan bergandingan dengan Brad Maloney selaku jurulatih baru skuad B-19 negara untuk dua tugasan penting tahun ini.

Selain Kejohanan AFF B-18 di Vietnam bulan depan, pasukan itu juga akan mengharungi kempen kelayakan Kejohanan AFC B-19, November depan.

"Saya akan berjumpa dengan barisan staf kejurulatihan skuad B-19 negara. Saya akan melihat dan meneliti setiap langkah serta perancangan yang harus diambil selanjutnya," tambahnya.
 

About Author

Staff Writer

Comment