Messi ke Inter? Sudah tentu Inter mampu -- Cauet

By Nafis Abdullah 9 April 2020 517
Messi ke Inter? Sudah tentu Inter mampu -- Cauet
Bekas pemain tengah Inter Milan, Benoit Cauet, menegaskan The Nerazzurri mampu mendapatkan khidmat bintang Barcelona, Lionel Messi.

Messi dikaitkan dengan Inter sejak bekas presiden kelab itu, Massimo Moratti, berkata bukan satu angan-angan kosong untuk pemenang enam kali Ballon d'Or itu menyertai kelab Serie A itu.

Kapten Barca, Messi, masih terikat dengan juara LaLiga itu sehingga 2021 tetapi masa depannya tampak samar di Camp Nou setelah berselisih faham dengan pengurusan tertinggi, musim ini.

"Sudah tentu Inter mampu dapatkan Messi, tiada siapa meraguinya," kata Cauet yang memenangi Piala Super Eropah bersama The Nerazzurri pada musim 1997-98.

"Presiden Inter, Steven Zhang, memiliki keupayaan kewangan dan bercita-cita tinggi. Dia seorang presiden yang mempunyai impian besar."

Messi -- yang menyertai Barca daripada Newell's Old Boys pada 2001 -- telah meledakkan 24 gol dalam semua kejohanan sebelum saingan 2019-20 ditangguhkan akibat coronavirus.

Pemain berusia 32 tahun itu kini mendahului senarai penjaring terbanyak LaLiga dengan 19 gol daripada 27 perlawanan.
 

About Author

Nafis Abdullah

Comment