Sarri puji gandingan Ronaldo-Dybala

By Nafis Abdullah 4 July 2020 132
Sarri puji gandingan Ronaldo-Dybala
Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala telah mencipta gandingan yang efektif dalam sesi latihan Juventus, kata pengendali pasukan, Maurizio Sarri.

Ronaldo dan Dybala kini mempamerkan aksi terbaik tatkala Juve cuba untuk menjarakkan kedudukan daripada Lazio sebelum memastikan satu lagi kejuaraan Serie A.

Tatkala Ronaldo sering mengisi ruang di bahagian kiri dan Dybala banyak berlegar-legar di tengah, kedua-dua pemain itu telah mencatat tiga gol dalam saingan liga sejak Serie A kembali bersambung, bulan lalu.

"Ronaldo dan Dubala sering bertemu," kata Sarri.

"Mereka berlatih dengan kelajuan dan mara bersama-sama. Ia adalah tugas yang turut dilakukan dalam sesi latihan."

Barisan depan Juve dilengkapkan oleh Federico Bernardeschi sambil Douglas Costa masuk selaku pemain gantian dalam aksi menentang Genoa, pertengahan minggu lalu.

"Bernareeschi menjalankan tugas dengan baik, secara mental dan fizikal," tambah Sarri.

"Costa berhak mengisi kesebelasan utama.

"Namun, bagi kami ketika ini, senjata sebenar adalah apabila dia masuk ketika permainan sedang dijalankan.
 

About Author

Nafis Abdullah

Comment