Stuart tunggu bukti bayaran hutang tiga pasukan

By Staff Writer 17 January 2020 225
Stuart tunggu bukti bayaran hutang tiga pasukan
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, enggan terpengaruh dengan janji dan tindakan awal pasukan yang terlibat dengan isu tunggakan gaji. 

Pendekatan tegas FAM memberikan amaran kepada tiga pasukan yang terbabit dengan masalah tunggakan gaji mula memperlihatkan perkembangan positif.

Ia menyaksikan Melaka sudah menyelesaikan sebahagian besar tunggakan gaji pemain musim lalu dan hanya berbaki pembayaran buat pemain import dan pegawai pasukan itu.

Ia didedahkan bekas kapten Melaka, Shukor Adan, menerusi laman sosial miliknya, sehari selepas Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) diberikan amaran oleh FAM.

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan PDRM pula memberikan jaminan bahawa isu tunggakan itu akan diselesaikan sebelum hujung bulan ini.

"Ketiga-tiga pasukan memang sudah ada pergerakan (menyelesaikan masalah).

"Secara tidak rasmi, kami telah menerima laporan pergerakan tersebut.

"Tetapi saya akan menunggu bukti-bukti pembayaran dan perbincangan yang lebih formal untuk
memastikan saya mengeluarkan komen yang lebih teliti dan tepat.

"Dengan ini, saya bersyukur setiap pasukan ada pergerakan positif dan menunggu bukti bayaran atau perbincangan persefahaman di antara pemain dan pasukan," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

About Author

Staff Writer

Comment