LHM: UniKL kekal rekod bersih

By Staff Writer 17 January 2020 129
LHM: UniKL kekal rekod bersih
TNB THUNDERBOLTS 2 UniKL 4

UniKL mengekalkan rekod bersih dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila menewaskan TNB Thunderbolts 4-2 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.


Thunderbolts, bagaimanapun, terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol padang Nasrul Syahkhir Sadikul pada minit ketiga.

Hanya dua minit diperlukan UniKL untuk kembali mengimbangi permainan apabila pakar pukulan sudut penalti, Razie Abdul Rahim, memanfaatkan gerakan itu pada minit kelima.

Menjelang penamat suku pertama, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin meletakkan skuad kendalian Arul Selvaraj itu di depan menerusi gol padang pada minit ke-14.

UniKL melebarkan kelebihan itu dalam suku kedua hasil sentuhan Mohamad Faid Farhadh Mohamad Shah pada minit ke-25.

Muhammad Fahmi Khalid kembali menghidupkan perjuangan Thunderbolts pada minit-46 tetapi gol terakhir daripada Timothy James Deavin menafikan hasrat mereka untuk meraih kemenangan pertama musim ini.

"Apa yang penting adalah kami meraih tiga mata.

"Walau seburuk mana permainan, kami perlu meletakkan tiga mata sebagai keutamaan.

"Sasaran kami adalah (kejuaraan) liga, jadi ia menjadi satu langkah untuk menghampirinya.

"Sebab itulah tiga mata ini penting," kata Arul.

Jurulatih Thunderbolts, Nor Azlan Bakar, pula berkata: "Saya mengucapkan tahniah kepada pemain kerana sudah menunjukkan kesungguhan yang amat bagus dalam perlawanan hari ini.

"Mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan mengikut arahan.

"Mereka dapat menjaringkan gol pertama, jadi ia sesuatu yang amat bagus.

"Mereka ada keinginan untuk memenangi perlawanan ini berbanding perlawanan sebelumnya," katanya.

Keputusan lain:
HOCKADEMY KL 0 TNB 6
THT 5 UiTM 3





Editor: Muzaffar Musa

About Author

Staff Writer

Comment