Flores dilantik selepas setengah jam Watford pecat Gracia 

By Staff Writer 8 September 2019 316
Flores dilantik selepas setengah jam Watford pecat Gracia 
Quique Sanchez Flores dilantik sebagai pengurus baru Watford -- setengah jam selepas pemecatan Javi Gracia disahkan.

Pemecatan Gracia diumumkan malam tadi berikutan The Hornets menduduki tangga tercorot Liga Perdana Inggers (EPL) hasil kutipan satu mata daripada empat perlawanan.

Beliau mengetuai Watford ke final Piala FA dan meraih tempat ke-11 dalam kempen terakhir, namun khidmatnya ditamatkan biarpun ketua pasukan, Troy Deeney, secara terbuka menyatakan sokongan terhadapnya. 

Watford tidak membuang masa untuk mengumumkan pelantikan bekas pengurus kelab itu apabila bakal bertemu Arsenal di Vicarage Road sejurus jadual perlawanan antarabangsa tamat. 

Flores sempat mengemudi skuad itu pada musim 2015-16 apabila membawa mereka ke separuh akhir Piala FA selain menamatkan kempen di kedudukan pertengahan liga.

Sejak meninggalkan Hornets, beliau telah bertanggungjawab menggalas tugas di Espanyol dan pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua.

Flores menjadi pengurus ke-11 Watford sejak Malky Mackay meninggalkan pasukan itu pada Jun 2011.

Walter Mazzarri dan Marco Silva, yang kini mengendalikan Everton, adalah antara bekas pengurus kelab berkenaan. 

 

About Author

Staff Writer

Comment