Kecederaan lutut paksa Pereira lupakan Euro 2020

By Nafis Abdullah 13 March 2020 187
Kecederaan lutut paksa Pereira lupakan Euro 2020
Pertahanan Leicester City, Ricardo Pereira, bakal terpaksa melupakan baki saingan musim ini termasuk Euro 2020 selepas mengalami kecederaan lutut.

Pemain Portugal itu mengalami kecederaan itu ketika Leicester menewaskan Aston Villa 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Isnin lalu.

Pengurus pasukan, Brenda Rodgers, mengesahkan bek kanan itu terpaksa diketepikan sehingga akhir musim ini.

"Kami mendapati Pereira terpaksa melupakan baki saingan musim ini. Dia dicabar dan cedera di bahagian lutut," katanya.

"Dia tidak perlukan pembedahan tetapi perlu bersama pasukan perubatan. Ia satu tamparan buat kami. Ia satu peluang buat pemain lain tetapi menyedihkan.

"Anda cuma perlu lihat reaksi pemain. Anda bakal berehat empat hingga enam bulan.

"Itu tempoh masa yang kami jangkakan."


Dalam masa sama, Rodgers juga mengesahkan tiga pemain The Foxes mengalami simptom dan menunjukkan petanda Coronavirus, memaksa mereka kini diasingkan daripada skuad.

Wabak COVID-19 telah menyebabkan banyak acara serta jadual sukan dibatalkan sambil ada yang diteruskan secara tertutup.

Terdapat 590 kes yang disahkan di United Kingdom dan melibatkan lapan kematian.

Leicester kini menduduki tangga ketiga liga dan bakal berdepan Watford di Vicarage Road, Sabtu ini.
 

About Author

Nafis Abdullah

Comment