Silva: Usah perkecilkan Real Madrid 

By Shaiful Shamsudin 22 May 2020 129
 Silva: Usah perkecilkan Real Madrid 
Bintang Manchester City, Bernardo Silva, memberi amaran bahawa Real Madrid tidak boleh diketepikan meskipun pasukannya memiliki kelebihan dalam pertemuan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL). 

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengejutkan Madrid 2-1 dalam pertemuan pertama di Santiago Bernabeu Februari lalu.

Di sebalik krisis novel koronavirus (Covid-19) , pauskan-pasukan dilaporkan berharap saingan itu dapat kembali bersambung Ogos depan.

Walaupun City dalam kedudukan baik, Silva tetap berwaspada dengan Madrid, yang telah memenangi tiga daripada empat edisi terakhir. 

"Anda tidak boleh mengambil mudah kepada mana-mana pasukan sekalipun, apatah lagi Madrid yang telah memenangi 13 kejuaraan Eropah," kata pemain tengah itu kepada AS.

"Tiada siapa yang memiliki pengalaman seperti pemain Madrid dalam pertandingan ini, jadi kami tidak boleh menganggap sudah mengetepikan mereka."

 

Tambahnya: "Saingannya masih terbuka luas. Apabila anda berdepan pasukan seperti Madrid, ia aksi yang tiada sebarang kepastian. Kita pernah melihat banyak kebangkitan luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Lihatlah Barca tahun lalu, mereka mengalahkan Liverpool 3-0 dan kemudian tumbang 0-4. Anda tidak pernah akan tahu.

"Ini satu keputusan yang baik dan kami berada di posisi yang bagus untuk melangkah ke suku akhir. Ini adalah perlawanan yang sukar dan kami perlu bermain dengan baik dan mengekalkan tumpuan."

Setelah memenangi dua gelaran Liga Perdana selain pelbagai penghormatan domestik yang lain, City menjadikan mahkota UCL sebagai sasaran utama. 

Silva mendedahkan anak buah Pep Guardiola tidak sabar-sabar lagi untuk merangkul kejuaraan Eropah buat julung kalinya.

"Dalam tiga tahun terakhir kami telah memenangi segalanya di England, musim lalu kami menyapu kesemua gelaran di England. Tahun ini kami sudah memenangi Piala Super dan Piala Liga, malah kami masih bersaing dalam Piala FA dan kami mahu memenanginya, "katanya.

"Bagaimanapun, UCL adalah gelaran yang diidamkan kelab. Pemain dan Pep mahu menang di England. Kami tahu ia adalah kejohanan yang sukar tetapi kami akan berjuang."



 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment