Sathianathan enggan terburu-buru

By Staff Writer 19 January 2020 1267
Sathianathan enggan terburu-buru
"Belum masa serap 'ubi' muda."

Itu kenyataan daripada ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, yang enggan terburu-buru mempertaruhkan pemain muda dalam pasukannya walaupun Mukhairi Ajmal Mahadi dan Azrin Afiq Rusmini menyerlah ketika skuad Gergasi Merah itu menewaskan Persib Bandung 3-0.

Semalam, dalam aksi Piala Cabaran Antarabangsa di Stadium Shah Alam, Selangor dilihat tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan dari Indonesia itu tatkala Mukhairi dan Azrin Afiq dibawa masuk dalam babak kedua.

Aksi Azrin jelas lebih mencuri tumpuan dan ketika ditanya sama ada bek kiri itu akan diserap ke dalam skuad utama Selangor memandangkan posisi itu menjadi kelemahan Gergasi Merah musim lalu, Sathianathan berkata: "Dia ada kualiti dan bagus tetapi pemain muda sukar untuk konsisten.

"Kami tidak boleh tergesa-gesa meletakkan dia di posisi bek kiri Selangor. Satu lagi, dia bersama skuad B-19 di bawah kendalian Brad Maloney, jadi mungkin dia tiada."

"Ini adalah persiapan sebelum liga dan kami harus bersedia. Setiap hari dan dalam semua perlawanan, kami harus meningkat," tambah pemain tengah Selangor, Sandro Da Silva.



Editor: Nafis Abdullah

About Author

Staff Writer

Comment