TM dedah faktor komersial punca rundingan dengan MFL terlerai

By Staff Writer 18 March 2019 6917
TM dedah faktor komersial punca rundingan dengan MFL terlerai
Telekom Malaysia Berhad (TM) tampil menjelaskan kerjasama dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) gagal diteruskan berikutan kegagalan mencapai kata sepakat. 

Menurut  satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan TM hari ini: "Kedua-dua pihak sebaliknya gagal mencapai kata sepakat berhubung perkara asas mengenai aspek komersial bagi melanjutkan kerjasama berkenaan.

"Meskipun perbincangan mengenainya sudah beberapa kali dilanjutkan, namun masih tiada kesepakatan yang dicapai."

Sehubungan itu, TM memaklumkan kepada MFL secara rasmi bahawa rundingan itu berakhir pada 1 November 2018. 

Sebelum ini, MFL mengumumkan penamatan kontrak dengan penaja utama Liga Malaysia (Liga-M) itu, berkuat kuasa serta-merta Jumaat lalu berikutan kegagalan TM  menjelaskan pembayaran hak penyiaran musim ini.

Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata keputusan tersebut diambil selepas perbincangan untuk meneruskan perjanjian kerjasama penajaan dengan TM tidak berjalan lancar.

 

About Author

Staff Writer

Comment