Sukan Para ASEAN: Zulhaziq tetap sasar emas

Oleh Staff Writer 17 Januari 2020 77
Sukan Para ASEAN: Zulhaziq tetap sasar emas
Atlet lempar cakera negara, Zulhaziq Sallehin, tetap menyasarkan pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Filipina, Mac depan biarpun ia adalah penampilan sulungnya dalam temasya itu.

Atlet berusia 26 tahun itu mengesahkan tempat dalam temasya itu selepas mengungguli Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 sebelum melakukan lemparan sejauh 25.81 meter dalam Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Negeri Sembilan, Ogos lalu. 

Dengan kejayaan itu, Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkannya sebagai prospek pingat perak dalam temasya di Filipina itu tetapi Zulhaziq yakin dia mampu meraih pencapaian yang lebih baik dalam klasifikasi F12 berkenaan.

"Perasaan gugup itu ada tetapi saya akan cuba mengurangkannya.

"Mungkin dalam Kejohanan Terbuka Perak nanti, saya dapat menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan.

"Saya akan buat yang terbaik untuk mendapatkan pingat perak dan sekiranya mendapat emas, ia satu bonus," katanya.

Dalam pada itu, atlet lontar peluru negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi, mahu menjadikan persaingan dengan jaguh negara, Ziyad Zolkefli, sebgai satu motivasi buat dirinya.

"Ia (Sukan Para ASEAN) ditangguhkan, jadi saya perlu melihat kembali untuk memperbaiki segala kekurangan.

"Saya juga perlu berwaspada dengan atlet Thailand kerana mereka merupakan pencabar terdekat buat kami," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment