Aaron, Wooi Yik sedia hadapi dua kejohanan besar

Oleh Staff Writer 26 November 2019 241
Aaron, Wooi Yik sedia hadapi dua kejohanan besar
Tanggungjawab mewakili negara mendorong gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk beraksi dalam dua kejohanan besar berturut-turut tanpa rehat.

Gandingan Aaron-Wooi Yik yang kini berada di ranking kelapan dunia bakal berdepan cabaran getir apabila perlu beraksi dalam saingan Final Jelajah Dunia BWF selepas dua hari tamat acara badminton Sukan SEA yang bermula secara rasmi Sabtu ini.

Kebiasaannya, atlet Malaysia memilih kejohanan yang lebih penting buat mereka dan negara jika berdepan situasi begitu.

Bagaimanapun, perasaan tanggungjawab terhadap negara mendorong dan menambah motivasi gandingan tersebut untuk melakukan yang terbaik bagi kedua-dua kejohanan itu walaupun tiada waktu rehat yang mencukupi.

"Saya rasa kedua-dua kejohanan itu penting buat kami dan ia tanggungjawab besar. Saya akan lakukan persiapan terbaik," ujar Wooi Yik.

Bagi ketua jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman, dia tidak meletakkan sebarang tekanan terhadap gandingan tersebut, namun mahu melihat mereka menimba pengalaman secukupnya ketika beraksi dalam kejohanan itu.

"Walaupun bukan pilihan, kami tetap akan cuba yang terbaik dan memastikan kematangan permainan ditampilkan selain cuba membuatkan lawan kecewa," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen