BAM lega dengan keputusan BWF

Oleh Ammar Hakim 1 April 2020 211
BAM lega dengan keputusan BWF
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) lega selepas status Olimpian yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo terjamin dengan jalan penyelesaian adil daripada Persatuan Badminton Dunia (BWF) namun tempoh kelayakan temasya terbesar dunia itu tetap menjadi kegusaran.

"Saya berasakan ia adalah keputusan yang adil buat setiap pemain yang masih lagi aktif dalam usaha untuk melayakkan diri ke Tokyo 2020," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

"Bagaimanapun, kami masih lagi menunggu keputusan BWF mengenai tempoh kelayakan serta kejohanan kelayakan yang perlu disertai pemain-pemain."

BWF dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan pembekuan ranking dunia akan dikembalikan kepada minggu ke-12 iaitu kejohananan antarabangsa terakhir, Seluruh England 2020 di Birmingham dari 11 hingga 15 Mac lalu.

Ia berkata senarai ranking yang dikeluarkan 17 Mac lalu akan menyediakan asas untuk pendafataran dan menentukan pemain pilihan pada kejohanan antarabangsa akan datang.

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia, pula berkata, "Saya berasakan ini adalah keputusan yang tepat kerana semua pemain tidak dapat beraksi ketika ini."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen