Kejohanan Badminton Berpasukan Asia: Indonesia terlalu kuat -- Yew Sin

Oleh Ammar Hakim 17 Februari 2020 2746
Kejohanan Badminton Berpasukan Asia: Indonesia terlalu kuat -- Yew Sin
Taktik Indonesia ketika pentas final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia berhasil untuk menyekat beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, untuk mengheret pertembungan ke aksi penentuan.

Indonesia memiliki tiga beregu dalam kelompok lima terbaik dunia dalam skuad Berpasukan Asia.

Final menyaksikan beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Gideon berjaya mengekang asakan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Untuk aksi beregu kedua, kem Indonesia mengambil pendekatan memisahkan kombinasi nombor dua dan lima di dunia mereka dan menggabungkan Muhammad Ahsan dan Fajar Alfian.

Bagaimanapun, mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk membentuk keserasian segera.

Hajat Malaysia untuk menyamakan kedudukan kepada 2-2 tidak kesampaian apabila Yew Sin-Ee Yi yang diserap daripada kem profesional tewas dalam dua set 21-18, 21-17.

"[Kami] kecewa gagal meraih mata kedua buat Malaysia. Mereka [Muhammad Ahsan dan Fajar Alfian] adalah lawan di dalam ranking 10 terbaik dunia dan aksi sukar berdepan Indonesia sudah dijangka," kata Yew Sin ketika ditemubual dalam Nadi Arena.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen