Covid-19: Liek Hou sedia gadai kejuaraan demi emas Tokyo 2021

Oleh Ammar Hakim 28 Mac 2020 109
Covid-19: Liek Hou sedia gadai kejuaraan demi emas Tokyo 2021
Ketika tarikh penganjuran Sukan Paralimpik Tokyo 2020 masih jadi tanda tanya gara-gara Covid-19, jaguh badminton para negara, Cheh Liek Hou, sanggup mengorbankan kesemua gelaran dunia dimenanginya demi peluang memastikan dia menutup kerjaya dengan pingat emas dalam temasya tertinggi dunia itu.

"Saya sanggup untuk melepaskan kesemua kejuaraan untuk memenangi pingat emas Paralimpik. Ini merupakan kali pertama badminton dipertandingkan dalam temasya tersebut," kata Liek Hou.

Berdasarkan kemaskini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Liek Hou sudah layak ke Paralimpik sebagai pilihan kedua.

Ini bermakna peluang dia ke final perseorangan SU5 cerah dengan mengelak pilihan pertama pingat emas yang juga seterunya dari Indonesia, Dheva Anrimusti.

Februari lalu menyaksikan Liek Hou mengatasi Dheva dua kali untuk mengungguli Terbuka Brazil dan Peru.

"Saya tidak boleh begitu risau dalam hal ini, jika dia menyimpan kemampuannya adalah sesuatu yang tidak perlu. Kemenangan empat gelaran berturut-turut menyaksikan tahap keyakinan saya berada di tahap terbaik."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen