Kejohanan Dunia: Momota kekal kejuaraan

Oleh Staff Writer 25 Ogos 2019 12599
Kejohanan Dunia: Momota kekal kejuaraan
Kento Momota mengekalkan kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia apabila menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen, 21-9, 21-3 di Basel, Switzerland hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu mempamerkan kemahiran tinggi selepas menyamakan kedudukan 6-6 untuk terus memacu mata demi mata bagi mendahului 20-8 sebelum memuktamadkannya dengan kemenangan 21-9.

Dalam set kedua, jaguh Jepun itu jelas tiada tandingan dengan hanya melepaskan tiga mata untuk mengekalkan kejuaraan yang diraih dalam edisi di Nanjing, China tahun lalu.

Sementara itu, selepas muncul finalis dalam dua edisi terakhir, PV Sindhu akhirnya bergelar juara apabila mengatasi Nozomi Okuhara dalam aksi berat sebelah untuk bergelar pemain India pertama yang merangkul gelaran dunia. 

Pemain kelima dunia itu hanya memerlukan tempoh 32 minit di St. Jakobshalle untuk mengetepikan cabaran lawannya dari Jepun itu 21-7, 21-7.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen