Terbuka China: Dechapol-Sapsiree nafi hajat Soon Huat-Shevon 

Oleh Staff Writer 20 September 2019 3115
Terbuka China: Dechapol-Sapsiree nafi hajat Soon Huat-Shevon 
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, gagal membawa khabar gembira apabila terkandas dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China ketika berdepan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sebentar tadi. 

Wakil negara di ranking ke-11 dunia itu membuka aksi suku akhir di di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik, Changzhou itu dengan keyakinan apabila memberi saingan terhadap lawan.

Bagaimanapun, di pertengahan set pertama, beregu negara itu terpaksa bekerja keras sebelum akur dengan keampuhan lawan untuk tunduk 21-17.

Enggan peluang kemaraan ke separuh akhir tertutup, beregu campuran negara bangkit memperkemaskan aksi, namun lawan terus mempamerkan dominasi untuk menidakkan cabaran mereka. 

Wakil Thailand itu memuktamadkan kemenangan 21-16 dalam set kedua untuk menutup peluang kemaraan lawan dalam tempoh 41 minit. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen