AJFC: Firdaus teruja komunikasi dengan peserta negara lain

Oleh Staff Writer 24 Ogos 2019 4717
AJFC: Firdaus teruja komunikasi dengan peserta negara lain
Peserta Kem Explorer Antarabangsa Allianz (AJFC), Muhammad Firdaus Amirrudin, mengakui kemahiran berkomunikasi membantunya untuk meningkatkan keyakinan ketika menjalani latihan di Munich, Jerman. 

Memasuki hari kedua kem latihan, semua peserta berpeluang menjalani latihan di Saebener Strasse yang menyaksikan mereka dikumpulkan dalam satu pasukan bersama wakil dari negara lain. 

Peserta kelahiran Kedah itu nyata tidak mensia-siakan tiket keemasan ke Munich dengan mempelajari cara berkomunikasi bagi membina kerjasama sesama rakan pasukan. 

"Dalam tempoh dua hari ini, saya dapat belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan peserta-peserta dari negara-negara lain," katanya. 

Firdaus turut menikmati kesempatan beraksi di bawah cuaca yang berbeza serta menjalani sesi latihan bersama jurulatih kegemarannya, Thomas Dhollner. 

"Semuanya berjalan lancar, cuma saya memerlukan sesi memanaskan badan yang lebih panjang berikutan cuaca sejuk di sini kerana takut urat-urat kekejangan. 

"Saya pernah berlatih di bawah Dhollner di Singapura, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi dengannya," tambahnya.

Sementara itu, sesi petang menyaksikan peserta Kem Explorer Allianz menjalani aktiviti meluncur ais bersama peluncur profesional, Valeska Schneider.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen