Akademi bola sepak DrZ buka cawangan Meru

Oleh Azizan Hashim 9 November 2019 223
Akademi bola sepak DrZ buka cawangan Meru

Akademi bola sepak DrZ mengembangkan sayapnya apabila menubuhkan cawangan di Meru, Ipoh, hari ini.

Pembukaan cawangan baru itu dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor.

Pengarah dan juga pengasas Akademi DrZ, Muhammad Zool Hilmi Md Aris, berkata perasmian di sempurnakan oleh penolong kanan kokurikulum sekolah itu, Ahmad  Sarji Abdullah.

Zool berkata akademi untuk kanak-kanak berusia 5-11 tahun itu telah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu di SK Pakatan Jaya, Tambun. 

"Misi dan visi Akademi DrZ ialah untuk mengetengahkan bakat anak-anak jati Perak ke peringkat yang lebih tinggi lagi," katanya sambil menambah tenaga pengajar akademi itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman.

"Semua jurulatih yang dipilih adalah bekas pemain dan juga bekas jurulatih Piala Presiden mahupun futsal kebangsaan," ujarnya.

Mereka yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka, bolehlah terus ke sesi latihan DrZ Meru di SK Chepor pada setiap Sabtu dan Ahad.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen