Aksi Clasico dorong Valverde rehatkan Messi

Oleh Staff Writer 10 Disember 2019 314
Aksi Clasico dorong Valverde rehatkan Messi
Tindakan merehatkan Lionel Messi daripada skuad Barcelona yang akan bertandang ke laman Inter Milan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok dipengaruhi oleh jadual perlawanan yang akan datang, termasuk pertembungan Clasico dengan Real Madrid.

Messi direhatkan oleh Ernesto Valverde menjelang perlawanan di San Siro itu dengan Barca telah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 selaku pendahulu Kumpulan F.

Barca akan bertandang ke laman pasukan di tangga keempat, Real Sodiedad, dalam LaLiga, Sabtu ini sebelum menantikan kunjungan Madrid di Camp Nou, Rabu depan dan Alaves dalam perlawanan terakhir sebelum waktu rehat pertengahan musim.

Skuad kendalian Valverde itu terikat mata yang sama dengan Madrid di puncak Serie A dan ketika bertubi-tubi ditanyakan mengenai ketiadaan Messi dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Inter, pengurus itu mendedahkan tiga perlawanan dalam lapan hari itu menjadi penyebab dia membuat keputusan sedemikian.

"Messi diberikan rehat, itu sahaja.

"Kami baru selesai menghadapi perlawanan penting dan akan melalui perlawanan penting, jadi saya membuat keputusan untuk merehatkan beberapa pemain.

"Tahun lalu, kami beraksi baik di sini, juga tanpa Messi," katanya.

Jordi Alba dan Nelson Semedo kembali menjalani latihan selepas masing-masing pulih daripada kecederaan paha dan pinggul tetapi kedua-duanya masih tidak dibenarkan untuk beraksi di Milan.

Penglibatan Ansu Fati juga masih menjadi tanda tanya gara-gara masalah di kedua-dua belah lututnya manakala Arthur sedang bergelut dengan kecederaan kelangkang.

Bercelona terikat 1-1 dengan Inter di San Siro musim lalu, namun skuad Catalan itu mengatasi pasukan Antonio Conte berkenaan 2-1 di Camp Nou, Oktober lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen