Aksi empat tahun lalu panduan buat Marwijk

Oleh Staff Writer 10 September 2019 344
Aksi empat tahun lalu panduan buat Marwijk
Jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert Van Marwijk, menjadikan pengalamannya bertemu skuad Harimau Malaya sebelum ini sebagai panduan berguna untuk memastikan permulaan sempurna buat The Whites dalam kelayakan kali ini. 

Marwijk menganggap dirinya masih baru bersama skuad UAE susulan mula menyertai pasukan itu Mac lalu.

Masih dalam usaha mengenali karakter semua pemainnya, Marwijk yang pernah membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010 mengakui situasi itu sebagai cabaran utamanya ketika ini.

Namun, Marwjik tampak sedikit lega kerana mempunyai pengalaman beraksi berdepan Malaysia ketika membimbing Arab Saudi pada 2016.

Ia membabitkan aksi kelayakan yang sama apabila pasukannya berjaya mendahului 2-1 sebelum insiden kekecohan pada penghujung permainan mencemari perlawanan.

"Kami sudah berada di Malaysia lebih seminggu dan pasukan tidak sabar untuk menghadapi perlawanan ini," kata Marwijk.

Sandaran utama UAE utama merobek gawang Malaysia sudah pasti diletakkan di bahu penggempur berbisa, Ali Ahmed Mabkhout Mohsen Omaran Alhajeri.

Manakala, khidmat Omar Abdulrahman Ahmed Al Raaki Al Amoodi belum pasti digunakan selepas pemain tengah Al Jazira itu baru pulih daripada kecederaan ligamen lutut.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen