Bayern dalam keadaan baik bersama Flick, kata Neuer

Oleh Staff Writer 14 November 2019 56
Bayern dalam keadaan baik bersama Flick, kata Neuer
Manuel Neuer tidak teruja dengan peluang kembali bergabung dengan Pep Guardiola di Bayern Munich apabila menegaskan segala-galanya dalam keadaan baik di bawah kendalian Hansi Flick.

Bayern kini tanpa pengurus tetap susulan pemecatan Niko Kovac sambil bekas pembantu jurulatih, Flick, mengambil alih pasukan dan mencipta kemenangan ke atas Olympiacos dan Borussia Dortmund.

Pengurus City, Guardiola, yang mengemudi Bayern dari 2013 hingga 2016, berpotensi untuk kembali mengendalikan pasukan Bundesliga itu, menurut Sport Bild.

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, serta pengendali Ajax, Erik ten Hag, menyatakan komitmen bersama kelab masing-masing sambil wujud laporan mengatakan Guardiola tidak gembira di City, di mana dia memenangi trofi Liga Perdana Inggeris selama dua tahun berturut-turut.

Neuer ditanya mengenai kemungkinan Guardiola akan pulang ke Bayern sewaktu dalam tugasan antarabangsa bersama Jerman tetapi penjaga gol itu mahu fokus kepada permulaan baik Flick, dengan berkata: "Sudah tentu, saya tidak boleh bercakap mengenai spekulasi.

"Kami di sini dengan pasukan kebangsaan dan saya mendengar tentang Guardiola buat kali pertama. Anda akan lihat apa yang berlaku dan bagaimana pihak bertanggungjawab membuat keputusan.

"Ketika ini, segalanya berjalan lancar. Dalam enam hari terakhir, Flick telah berkongsi semuanya dengan jurulatih pasukan Bayern. Kami meraih kejayaan sebanyak dua kali.

"Pihak bertanggungjawab akan mengambil langkah jika mereka mahu melantik Guardiola."

Guardiola menjulang trofi Bundesliga dalam setiap satu darpada tiga musimnya di Bayern tetapi meskipun dua kali mengemudi Barcelona memenangi saingan Eropah, dia gagal melakar kejayaan dalam Liga Juara-Juara buat gergasi Jerman itu.

Neuer bercakap menjelang aksi kelayakan Euro 2020 menentang Belarus dan Ireland Utara tatkala mereka berharap dapat mengesahkan slot ke pusingan akhir tahun depan.

Beberapa situasi bakal menyaksikan Jerman akan mengesahkan tempat selepas perlawanan pertama tetapi Neuer berkata: "Sudah tentu, kami mahu memenangi aksi di laman sendiri dan meraih enam mata. Itu sasaran utama kami."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen