Bekas bintang United, Liverpool berkampung di Kota Kinabalu

Oleh Willie Jude  18 November 2019 2202
Bekas bintang United, Liverpool berkampung di Kota Kinabalu
Bekas bintang Manchester United dan Liverpool tiba di Kota Kinabalu semalam untuk aksi persahabatan 'Battle Of The Reds' (BOTR) di Stadium Likas, Rabu ini. 

Antara bekas pemain United yang akan memeriahkam perlawanan itu termasuk Teddy Sheringham, Dwight Yorke, Wes Brown dan Ronny Johnsen.

Sementara itu, pasukan bekas pemain Liverpool juga tidak kurang hebatnya apabila menampilkan David James, Steve Mcmanaman, John Arne Riise, Luis Garcia, Vladimer Smicer dan Emile Heskey. 

Selain aksi persahabatan yang buat julung kali diadakan di Malaysia itu, peminat bola sepak mungkin bertuah untuk bertemu sendiri bekas-bekas bintang berkenaan dalam program 'GOAL Fiesta & Bazaar' yang berlangsung sejak Sabtu lalu sehingga menjelang sepak mula BOTR. 

Di samping itu juga, beberapa lagi program membabitkan bekas-bekas pemain akan turut diadakan, termasuk kemunculan mereka di kompleks beli-belah Imago hari ini dan esok, sesi bertemu peminat di Hotel Marriot Kota Kinabalu (hari ini), makan malam bersama kelab penyokong (hari ini) serta beberapa lagi program yang dianjurkan Firm Horizon Sdn. Bhd.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh melayari laman Facebook di firmhorizon/facebook atau hubungi Michell Mansuet di nombor 016-822 8030 dan Marilynda (016-845 0037) selain nombor WhatsApp di talian 016-553 5641.

Tentang Penulis

Willie Jude 

Komen