Bukan senang beraksi di Barcelona -- Griezmann 

Oleh Staff Writer 18 November 2019 995
Bukan senang beraksi di Barcelona -- Griezmann 
Antoine Griezmann menerima penghijrahannya ke Barcelona agak sukar tetapi yakin akan berjaya di Nou Camp.

Selepas beberapa tahun spekulasi dan khabar angin, Barca akhirnya menandatangani Griezmann daripada Atletico Madrid dengan mengaktifkan klausa perpindahan bernilai EURO120 juta (RM551 juta).

Selepas menjaringkan empat gol dalam saingan LaLiga dan tiga bantuan jaringan sepanjang 11 perlawanan, persembahannya gagal mencetus inspirasi kepada pasukan.

Kehadiran penyerang itu seharusnya meredakan tekanan terhadap Lionel Messi tetapi bintang Argentina itu terus memikul tanggungjawab untuk menghasilkan magis.

Selepas jurulatih Barca, Ernesto Valverde, mencadangkan pemain Perancis itu perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan, Griezmann yakin dia akan meningkat dan tidak kecewa dengan keputusan menyertai The Catalans.

"Barcelona bukan tempat yang senang untuk beraksi," katanya dalam satu temubual bersama Telefoot.

"Ini adalah pasukan baru, kelab yang berbeza, posisi serta peranan yang baru. Tetapi saya akan terus berusaha untuk menyesuaikan diri.

"Saya berbangga dengan keputusan yang telah diambil dan di mana saya berada. Percayalah dengan kata-kata saya dan segala-galanya akan berhasil dengan baik.

"Sasaran utama saya adalah menjadi pemain yang penting dalam kelab ini. Mahukan lebih banyak masa beraksi, menjaringkan gol, melakukan hantaran yang penting, melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL) dan kekal di puncak LaLiga, bersedia untuk skuad kebangsaan (Perancis) Mac ini serta Euro 2020.

"Saya seorang pemain yang memikirkan tentang pasukan. Saya mampu menjaringkan banyak gol tetapi ia bukanlah sasaran utama saya. Sasaran saya adalah membantu pasukan dengan kemampuan saya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen