Courtois: Saya masih antara terbaik walaupun media Sepanyol cuba bunuh saya

Oleh Staff Writer 23 Mac 2019 820
Courtois: Saya masih antara terbaik walaupun media Sepanyol cuba bunuh saya
Thibaut Courtois menegaskan dia masih salah seorang penjaga gol terbaik dunia serta mengecam pihak media Sepanyol yang didakwanya cuba 'membunuh' dia.

Pemain Real Madrid itu memberikan bola kepada Denis Cheryshev sehingga membawa kepada jaringan buat Russia sewaktu Belgium turun bagi aksi kelayakan Euro 2020 awal pagi semalam.

Walaupun dua gol daripada Eden Hazard akhirnya membantu Belgium mengesahkan kemenangan 3-1, kesilapan Courtois itu mencetuskan persoalan mengenai prestasinya musim ini.

Bekas bintang Chelsea itu gagal menyinar dalam musim pertama di Santiago Bernabeu dan digugurkan bagi memberi laluan kepada Keylor Navas sewaktu aksi pertama Los Blancos di bawah kendalian Zinedine Zidane ketika menentang Celta Vigo.

Namun, pemain berusia 26 tahun itu tidak sangsi dengan kemampuan yang dimiliki.

"Saya tetap menganggap diri saya sebagai salah seorang penjaga gol terbaik walaupun media Sepanyol cuba membunuh saya," katanya.

"Saya berasa kuat. Saya tenang kerana berlatih dengan bagus dan gigih.

"Ia satu kesilapan kecil tetapi itu adalah kehidupan seorang penjaga gol. Namun, saya tetap tenang dan menikmati perlawanan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen