Covid-19: Mustahil untuk tamatkan musim ini -- Pastore

Oleh Ammar Hakim 22 Mac 2020 81
Covid-19: Mustahil untuk tamatkan musim ini -- Pastore
Pemain tengah Roma, Javier Pastore, percaya mustahil untuk menamatkan musim Serie A selepas penularan koronavirus di Itali makin serius.

Italy telah diberikan arahan berkurung hampir dua mungkin ketika pihak kerajaan berusaha untuk membasmi penularan pandemik Covid-19, yang telah meragut lebih daripada 4,800 nyawa di negara itu.

Terdapat 790 kematian direkodkan di Itali semalam, dengan acara sukan di seluruh dunia terpaksa ditangguh -- Serie A telah ditangguh sehingga April manakala UEFA menangguhkan Euro 2020 sehingga tahun hadapan.

Presiden Persatuan Pemain-Pemain Itali (AIC), Damiano Tommasi, berkata musim Serie A boleh disambung bermula Mei atau Jun jika Covid-19 dapat diatasi, tetapi Pastore bimbang ia tidak akan dapat ditamatkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

https://www.gofundme.com/f/kick-the-virus-away

A post shared by Javier Pastore ( Oficial ) (@flacojp27) on


"Saya berasakan mustahil untuk menyaksikan musim ini ditamatkan, kami memerlukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 hari untuk berlatih dan bersedia," katanya.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen