Covid-19: Santiago Bernabeu bakal simpan kelengkapan perubatan

Oleh Nafis Abdullah 27 Mac 2020 136
Covid-19: Santiago Bernabeu bakal simpan kelengkapan perubatan
Stadium Real Madrid, Santiago Bernabeu, akan menyimpan kelengkapan perubatan untuk membantu memerangi wabak coronavirus selepas disahkan oleh kelab itu.

Sukan elit telah ditangguhkan secara global dalam usaha menyekat penyebaran virus itu.

Saingan LaLiga dihentikan selepas Real menjalani proses kuarantin awal bulan ini setelah pemain bola keranjang kelab itu diuji positif.

Terdapat lebih 56,000 kes di Sepanyol serta meragut lebih 4,000 nyawa tetapi Madrid kini memberikan maklum balas.

Juara Eropah 13 kali itu kini berusaha bersama Jawatankuasa Sukan Kebangsaan Sepanyol untuk menyumbang dan mengagihkan kelengkapan perubatan.

Tempat duduk Bernabeu sebanyak 81,000 akan digunakan sebagai tempat menyimpan kelengkapan yang disumbangkan sambil Madrid mengawal sumbangan daripada Kementeria Kesihatan.

"Kesemua simpanan akan dihantar kepada pihak berkuasa kesihatan Sepanyol di bawah kawalan kerajaan, jadi menerusi sumber itu, ia cukup untuk membantu tempoh kecemasan dan ia dikawal dalam keadaan yang terbaik," kata wakil Real Madrid.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen