Ejen Ozil cipta kisah dongeng -- Rummenigge

Oleh Staff Writer 1 Ogos 2018 2549
Ejen Ozil cipta kisah dongeng -- Rummenigge
Ketua Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge, menyifatkan sebarang isu berkaitan Mesut Ozil sebagai sesuatu yang tidak melibatkan perkauman, namun mendakwa kenyataan daripada ejen bintang Arsenal itu tidak benar.

Sejak Ozil mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa pada awal bulan ini selepas menerima kritikan susulan perjumpaannya dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, terdapat beberapa kesan yang telah berlaku.

Ozil merupakan pemain berdarah Turki dan dia memberi kecaman terhadap pihak penaja, media Jerman serta Presiden Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel, yang menyalahkannya susulan penyingkiran Jerman di peringkat kumpulan Piala Dunia 2018.

Perancang berusia 29 tahun itu, yang telah melakukan 92 penampilan bersama Jerman, berpendapat layanan yang diterimanya memiliki persamaan dengan gangguan perkauman dan dia percaya darah Turki yang mengalir dalam dirinya membuatkan dia tidak dihormati.

Bagaimanapun, Rummenigge menolak dakwaan daripada pemenang Piala Dunia 2014 itu dan menegaskan bahawa kenyataan daripada ejen Ozil, Dr. Erkut Sokut, adalah sesuatu yang salah.

"Dia tidak dikritik hanya kerana dia berdarah Turki," kata Rummenigge.

"Ini adalah rekaan cerita yang dilakukan oleh penasihatnya. Ia membuatkan saya marah.

"Mereka mengeluarkan kenyataan demi kenyataan serta temubual ketika ini. Ia tampak seperti satu kisah dongeng."

Sokut sebelum ini turut berperang mulut dengan beberapa ahli lembaga pengarah Bayern Munich selepas presiden, Uli Hoeness, mengeluarkan kenyataan tidak bijak berikutan pengumuman persaraan Ozil.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen