Gasperini elak bincang peluang rangkul Scudetto

Oleh Ammar Hakim 9 Julai 2020 107
Gasperini elak bincang peluang rangkul Scudetto
Gian Piero Gasperini menafikan peluang Atalanta' untuk menjuarai Serie A menjelang pertemuan dengan juara bertahan, Juventus berikutan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam saingan liga, awal pagi tadi.

Atalanta meneruskan aksi cemerlang selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria hasil jaringan Rafael Toloi dan Luis Muriel.

Skuad kendalian Gasperini itu sudah tidak tewas dalam saingan Serie A sejak Januari dan telah merekodkan 13 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Hanya dibezakan dua mata dengan penghuni tangga kedua, Lazio selepas 31 perlawanan, Atalanta perlu merapatkan jurang dengan Juve jika meraih kemenangan ke atas pendahulu liga itu Sabtu ini. "Kami tidak boleh benarkan sesiapa mengganggu tumpuan kami, kerana Juve sudah hampir menjulang Scudetto," kata Gasperini.

"Walaupun mereka tewas 4-2 kepada Milan semalam, mereka masih membuktikan mereka pasukan terbaik Itali. Kami mahu berusaha untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) dan cuba untuk memintas Lazio atau Inter."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen