Gelaran UCL milik Atletico -- Koke

Oleh Ammar Hakim 6 Jun 2020 52
Gelaran UCL milik Atletico -- Koke
Kapten Atletico Madrid, Koke mengatakan pasukannya harus dianggap raja Eropah musim ini jika Liga Juara-Juara (UCL) tidak dapat ditamatkan.

Perancang skuad kendalian Diego Simeone itu percaya Atletico mampu menjulang trofi itu sekiranya UEFA meneruskan semula saingan tersebut.

Bagaimanapun, Koke mengatakan tumpuan pasukan tidak boleh hilang dengan mahu memastikan Atletico mendapat tempat dalam pertandingan tersebut musim depan melalui slot automatik dalam saingan LaLiga. Tidak layak perlu dianggap sebagai satu kegagalan.

Penularan wabak Coronavirus menyebabkan UCL ditangguhkan sejak April lalu, tiga minggu setelah Atletico mencatatkan kemenangan mengatasi juara bertahan, Liverpool di Anfield.

Selepas menang 1-0 di tempat sendiri, anak buah Simeone mengejutkan Liverpool 3-2 setelah masa tambahan di Merseyside untuk mara ke suku akhir -- dan untuk alasan itu sahaja, Koke menganggap Atletico boleh mengaku sebagai pilihan pasukan untuk bergelar juara Eropah .

"Apabila saya bercakap dengan rakan-rakan saya, saya memberitahu mereka bahawa UCL musim ini milik Atleti," kata Koke kepada COPE dan Radio Marca.
Dia berkata persembahan Atletico mungkin bersifat 'berulang' tetapi Koke menganggapnya sebagai kekuatan.

"Kami tidak dapat mengubah falsafah kami," katanya. "Mereka tidak akan menghilangkan gaya atau cara permainan kami. Jika semuanya ditangguhkan, tahun ini milik Atletico. Seperti dalam tinju, kita telah menyingkirkan juara bertahan."

Setelah tewas kepada Real Madrid dalam aksi final 2014 dan 2016, Atletico mungkin berasakan mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik kali ini.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen