Henry sedia bergelar ketua jurulatih -- Martinez

Oleh Ammar Hakim 12 Oktober 2018 1262
Henry sedia bergelar ketua jurulatih -- Martinez
Pengurus Belgium, Roberto Martinez, menegaskan penolongnya, Thierry Henry, sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih selepas spekulasi mengaitkan bekas pemain Arsenal itu dengan Monaco.

Kerusi panas Monaco telah ditinggalkan Leonardo Jardim selepas mengharungi permulaan hambar saingan Ligue 1 dengan hanya memungut enam mata daripada sembilan perlawanan.

Henry -- yang memulakan karier di Monaco -- dilihat sebagai pilihan selepas turut dikaitkan dengan Aston Villa sebelum ini.

Martinez memberikan sokongan bahawa Henry sudah bersedia menggalas tugas sebagai ketua jurulatih sesebuah pasukan.

"Henry sudah bersedia.

"Beliau menggemari saat mengendalikan pasukan dan menikmatinya," katanya.

Martinez, bagaimanapun, memberikan amaran dengan memberitahu Henry supaya melakukan keputusan yang tepat untuk tugas pertamanya selaku ketua jurulatih.

"Anda perlu bermula dengan kelab yang betul, di mana anda tidak perlu melakukan tugas seorang diri dan bebas melakukan apa sahaja.

"Salah faham akan berlaku bersama pemilik kelab. Anda berkemungkinan memiliki satu peluang dan tugas pertama ini sangat penting."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen