Ibisevic cemerlang dalam aksi 'derby' 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Mei 2020 41
 Ibisevic cemerlang dalam aksi 'derby' 
HERTHA BERLIN 4 UNION BERLIN 0 

Gol pantas daripada Vedad Ibisevic dan Dodi Lukebakio mencetuskan permulaan memberangsangkan dalam babak kedua untuk Hertha Berlin meraih kejayaan 4-0 dalam pertemuan 'derby' ke atas Union Berlin bagi aksi Bundesliga, awal pagi tadi. 


Selepas buntu dalam babak pertama yang menyaksikan aksi di Olympiastadion itu tanpa kehadiran peminat ketika Bundesliga bersambung bagi hujung minggu keduanya sejak krisis wabak koronavirus baru (Covid-19), ketua pasukan, Ibisevic, menanduk masuk sepakan lintang Marvin Plattenhardt dari sayap kiri pada minit ke-51.

Hertha mencuri tumpuan ketika meraikan gol dalam kemenangan 3-0 di Hoffenheim minggu lalu, justeru Ibisevic memberitahu rakan sepasukannya supaya menjauhinya ketika meraikan gol ituwalaupun dia dilihat sempat menanduk dada Dedryck Boyota, yang sebelum itu menafikan mencium pipi Marko Grujic. 

 
Hanya 69 saat selepas gol pembukaan itu, Ibisevic membuat umpanan untuk Lukebakio yang tenang memperdayakan Rafal Gikiewicz sebelum menolak bola ke gawang yang sudah ternganga. 

Ibisevic sekali lagi memainkan peranan besar dalam jaringan Matheus Cunha -- yang melakar jaringan keempat berturut-turut.

Kesengsaraan Union bertambah parah apabila Boyata merobek gawang mereka menerusi sepakan sudut Plattenhard menuju 13 minit baki perlawanan. 

Kemenangan itu menyaksikan Hertha melonjak ke tangga ke-10, dua tangga dipisahkan dengan Union menerusi jurang empat mata.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen