Ibrahimovic sah tinggalkan LA Galaxy

Oleh Staff Writer 14 November 2019 1051
Ibrahimovic sah tinggalkan LA Galaxy
Zlatan Ibrahimovic telah meninggalkan LA Galaxy selepas mengeluarkan kenyataan dengan elemen yang sinonim dengan dirinya dan menyuruh peminat Liga Bolasepak Utama (MLS) untuk kembali menonton sukan besbol semalam.

Ibrahimovic menyertai Galaxy pada Mac 2018 selepas meninggalkan Manchester United secara percuma dan pantas mencipta fenomena dalam saingan MLS menerusi 53 gol dalam 58 perlawanan.

Sepanjang kariernya, dia dikenali dengan pendekatan lantang bersuara serta keyakinan tinggi dan ia membuatkan keputusan pemain dari Sweden itu bakal memberi kesan kepada bola sepak di Amerika Syarikat.

Selepas mengkritik pasukannya sendiri untuk mendakwa dia gembira menjadikan Toronto sebagai mangsa ke-500 susulan jaringan jumlah tersebut dalam kariernya, karisma yang dimiliki Ibrahimovic membuatkannya sering menjadi tajuk utama.

Pengumuman itu dilakukan menerusi Twitter -- sebelum dikongsikan oleh Galaxy -- berbekalkan personaliti dimiliki Ibrahimovic, yang mendakwa dia telah menguasai MLS sebelum mencadangkan agar peminat tidak lagi perlu menonton liga tersebut.

Dia berkata: "Saya datang, saya lihat, saya menakluki. Terima kasih LA Galaxy kerana membuatkan saya hidup semula.

"Kepada peminat Galaxy, anda mahu Zlatan, saya berikan Zlatan. Kisah ini berterusan dan kini, anda boleh kembali menonton besbol."

Masa depan Ibrahimovic menjadi subjek spekulasi selama beberapa bulan sambil terdapat kelab ayng mengintai khidmatnya.

Memandangkan kontrak penyerang itu bakal tamat hujung tahun ini, Galaxy mendedahkan mereka telah berbincang dengannya bulan lalu. Namun, perpindahan dilihat bakal berlaku.

Antara kelab yang secara terbuka menyatakan minat untuk mendapatkannya adalah Napoli, Bologna dan Perth Glory sambil Pesuruhjaya MLS, Don Garber, mendedahkan Ibrahimovic kini sedia untuk kembali ke AC Milan walaupun menyifatkan mereka sebagai malapetaka bulan lalu.

Pengesahan daripada MLS hadir sejurus pengumuman dilakukan Ibrahimovic selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk berpisah.

Presiden kelab, Chris Klein, memberikan penghormatan buat penjaring terbanyak sepanjang zaman Sweden itu, dengan berkata: "Kami mahu ucapkan terima kasih kepada Ibrahimovic di atas sumbangannya kepada LA Galaxy dan MLS.

"Sejak hadir pada 2018, dia memberikan pengaruh kepada sukan bola sepak di Los Angeles. Kami berbesar hati dengan etika kerja dan semangatnya.

"Kami berterima kasih dengan sikap profesional serta kesan yang dicetuskan Ibrahimovic terhadap komuniti Los Angeles dan seluruh Amerika Utara."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen