Iniesta paling setara dengan Messi -- Enrique

Oleh Muzaffar Musa 28 Mac 2020 247
Iniesta paling setara dengan Messi -- Enrique
Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, mendedahkan bahawa Andres Iniesta merupakan pemain berbakat yang paling hampir setara dengan Lionel Messi berdasarkan pemain yang pernah dikendalikannya.

Pemegang rekod terbanyak pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak enam kali, Messi, diktiraf umum sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Enrique pula merupakan jurulatih Messi dan Iniesta di Barcelona pada 2014 hingga 2017.

Dalam satu sesi soal jawab di laman Facebook rasmi pasukan kebangsaan Sepanyol, Enrique bercakap mengenai Messi dan perancang Vissel Kobe, Iniesta.

"Pemain yang paling mengagumkan saya dalam karier saya, saya tidak tahu sama ada anda maksudkan ketika saya bergelar pemain, jurulatih atau kedua-duanya, tanpa sebarang keraguan adalah Leo Messi.

"Selepas itu, saya boleh katakan bahawa Andres Iniesta merupakan sesuatu yang hampir setara dengan Leo Messi.

"Tetapi Messi sangat berbeza dengan pemain lain," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen