Inter tidak boleh dibanding dengan Juventus -- Conte

Oleh Staff Writer 7 Oktober 2019
Inter tidak boleh dibanding dengan Juventus -- Conte
Antonio Conte berpendapat Inter Milan tidak boleh dibandingkan dengan Juventus selepas tewas 2-1 dalam pertemuan Derby d'Italia, awal pagi tadi.

Jaringan pembukaan Paulo Dybala dipadamkan oleh Lautaro Martinez menerusi sepakan penalti pada minit ke-18 di San Siro tetapi Gonzalo Higuain menghasilkan jaringan kemenangan buat Juve.

Ia menamatkan permulaan cemerlang Inter dalam Serie A musim ini dan menyaksikan juara lapan kali berturut-turut, Juve, naik ke tangga teratas liga.

Walaupun mengharungi permulaan baik bersama Inter, Conte berkata pasukannya tidak patut dibandingkan dengan Juventus.

"Kami patut mampu menghasilkan persembahan lebih baik, malah dua gol yang dilepaskan di Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan kami boleh tampil dengan lebih bagus," katanya kepada Sky Sport.

"Saya ulangi, ini adalah perkembangan pemain muda yang berusaha keras pada tahap pengalaman dan semua situasi ketika ini. Kami perlu bekerja keras dan tiada jalan mudah.

"Kami tidak patut bandingkan diri sendiri dengan Juve, mereka berada dalam kategori berbeza daripada semua aspek. Kami mula berusaha untuk merapatkan jurang."

Keputusan itu bermakna Juve, yang masih belum tewas dalam Serie A musim ini, memiliki kelebihan satu mata menjelang tempoh rehat antarabangsa.

Ditanya mengenai prestasi dua penyerang, Martinez dan Romelu Lukaku, Conte yakin gandingan itu masih boleh meningkatkan persembahan.

"Sudah tentu kami patut menghasilkan permainan lebih baik tetapi ia telah diusahakan," katanya.

"Statistik menunjukkan cabaran yang seimbang walaupun kedua-dua pasukan ini berbeza."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen