Juil, Rahman pengurus skuad junior Tambadau

Oleh Willie Jude  18 Februari 2020 352
Juil, Rahman pengurus skuad junior Tambadau
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengumumkan dua timbalan presiden persatuan itu, Datuk Juil Nuatim dan Datuk Rahman Zakaria masing-masing dilantik sebagai pengurus pasukan Piala Presiden dan Piala Belia Sabah untuk musim baharu nanti. 

Perkara itu diumumkan presiden SAFA, Datuk Peter Anthony dalam satu sidang media di pejabat persatuan berkenaan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, hari ini. 

"Saya percaya dengan pengalaman dimiliki, mereka (Juil dan Rahman) akan dapat membantu skuad junior kita kerana walaupun dua pasukan ini adalah pelapis kepada skuad senior, namun saya harap mereka juga mendapat keputusan baik berbanding musim-musim sebelum ini," katanya. 

Sebelum ini, Juil dan Rahman beberapa kali pernah menjadi pengurus kepada skuad utama Tambadau.

Terdahulu Peter berkata, skuad Piala Presiden Sabah mengekalkan jurulatih berpengalaman, Justin Ganai sebagai ketua jurulatih manakala pasukan Piala Presiden pada musim baharu nanti akan dikendalikan Johnny Dominicus.

Skuad Piala Presiden Sabah akan memulakan saingan bertemu Melaka di Stadium Likas pada Isnin depan manakala pasukan Piala Belia akan melayan kunjungan PJ City dalam aksi pembukaan di Stadium Penampang, Ahad ini. 

Tentang Penulis

Willie Jude 

Komen