Juninho mahu Benzema pulang ke Lyon

Oleh Staff Writer 13 November 2019 625
Juninho mahu Benzema pulang ke Lyon
Pengarah Sukan Lyon, Juninho, mahu penggempur Real Madrid, Karim Benzema, menamatkan kariernya dengan mewakili kelab Ligue 1 itu.

Benzema, 31, lahir daripada akademi Lyon dan menyinar dalam Ligue 1 sebelum menyertai Real dengan yuran EUR35 juta (RM159 juta) pada Julai 2009.

Pemain dari Perancis itu menjaringkan 233 gol buat Real, membantu gergasi Sepanyol itu menjulang dua kejuaraan LaLiga dan empat Liga Juara-Juara Eropah berserta beberapa trofi lain.

Juninho, yang beraksi bersama Benzema di Lyon, mahu penyerang itu kembali kelab itu.

"Keinginan saya adalah mencadangkan agar Benzema menamatkan karier di Lyon," katanya.

"Dia dari sini dan dia berasa begitu. Mengapa tidak untuk usahakan sesuatu yang ekonomi antara kedua-dua pasukan bagi merealisasikannya?

"Kami tidak mampu menawarkan gaji sama seperti di Real tetapi kami akan menunggu detik terbaik.

"Kami bertukar mesej sewaktu saya di Brazil. Saya fikir dia mahu datang. Dia sangat menghormati kelab ini.

"Saya mahu dia datang dan beraksi buat kami selama dua tahun, kemudian melatih pemain muda.

"Benzema mampu menjadi ketua yang kami perlukan. Saya mengimpikan agar dia mengakhiri karier di Lyon, rumahnya."

Benzema mengharungi permulaan yang baik musim ini selepas menghasilkan 11 gol dalam 15 perlawanan bagi semua kejohanan buat Los Blancos sementara Lyon bergelut di tangga ke-14 Ligue 1, yang menyaksikan Rudi Garcia menggantikan Sylvinho selaku pengurus bulan lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen