Juventus digesa rujuk Chelsea pancing Jorginho

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Jun 2020 82
Juventus digesa rujuk Chelsea pancing Jorginho
Juventus perlu berunding dengan Chelsea sekiranya mereka berhasrat memancing Jorginho, menurut ejen bintang Itali itu, Joao Santos.

Juara Serie A itu dilaporkan berminat untuk menyatukan kembali pemain tengah itu dengan Maurizio Sarri di Turin -- mereka pernah bekerjasama di Chelsea dan Napoli.

Jorginho muncul sebagai calon pengganti yang ideal buat Miralem Pjanic yang dikaitkan dengan juara bertahan LaLiga, Barcelona, dan Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG). 

Namun, khabar angin terbaru mengaitkan pertukaran di antara Jorginho dan Federico Bernardeschi. 

Santos, bagaimanapun, menafikan The Bianconeri telah memulakan usaha mendekati tonggak tengah The Blues itu. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

⚽️🚀💪🏻

A post shared by Jorginho Frello (@jorginhofrello) on




"Saya hanya mendengar khabar angin ini daripada surat khabar kerana tiada sesiapa pun daripada Juventus yang menghubungi saya," kata Santos kepada TuttoJuve.com.

"Maurizio Sarri sangat menghargainya sebagai seorang pemain. Mereka pernah bekerjasama dengan baik tetapi setakat itu saja. Pemain itu hanya menumpukan perhatiannya kepada Chelsea. Dia kembali berlatih dan sedang bersiap untuk menyambung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

"Pada pandangan saya, adalah sukar bagi Bianconeri untuk membelinya hari ini berikutan pasaran perpindahan telah berubah akibat COVID-19. 

"Lagipun Jorginho terikat dengan kontrak bersama Chelsea hingga 2023. Dia adalah timbalan ketua pasukan dan dianggap nadi penting buat skuad itu.

"Saya bukan hanya memaksudkan Juventus sahaja, malah semua kelab besar Eropah sekarang.akan bergelut untuk membayar yuran tinggi buat seorang pemain "

Santos menambah: "Sekiranya ia berlaku (tawaran daripada Juve), maka saya mahu berpesan bahawa sesiapa sahaja yang mengidamkan Jorginho harus bercakap dengan Chelsea dan Marina (Granovskaia). Kemudian barulah kami akan menilai apa yang harus dilakukan secara bersama-sama. Ia tidak akan menimbulkan masalah."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen