Karier Benzema bersama Perancis sudah tamat

Oleh Staff Writer 11 Oktober 2018 4303
Karier Benzema bersama Perancis sudah tamat
Harapan Karim Benzema untuk mengembalikan kariernya bersama skuad kebangsaan Perancis menerima tamparan hebat selepas Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet, mendakwa aksi antarabangsa telah berakhir buat bintang Real Madrid itu.

Benzema tidak menyarung jersi negaranya sejak Oktober 2015 selepas didakwa terlibat dalam rancangan untuk memeras ugut rakan senegara, Mathieu Valbuena, mengenai skandal pita video seks.

Keputusan dibuat pada awal November tetapi laporan media Perancis mengatakan bahawa ia perlu dibawa ke mahkamah selepas wujud penglibatan pegawai polis, di mana dia dituduh akibat kesalahannya itu.

Pengendali Les Bleus, Didier Deschamps, tidak menyenaraikannya dalam skuad sejak kes tersebut tatkala penyerang itu mengecam pengendali skuad kebangsaan berkenaan kerana menambahkan tekanan isu perkauaman di Perancis apabila mengetepikannya menjelang EURO 2016.

Namun, tidak kira apa sahaja keputusan yang dicapai, Le Graet tidak fikir Benzema akan kembali beraksi buat pasukan kebangsaan.

"Insiden Benzema-Valbuena memasuki episod baru minggu lalu tetapi ia masih belum selesai," kata Le Graet.

"Ia sudah hampir tiga atau empat tahun. Sepatutnya, kes itu sudah selesai dan ia membuatkan kami berasa keji.

"Saya tidak menentang Benzema kerana dia sentiasa menjaga diri di dalam pasukan Perancis tetapi saya fikir peluangnya bersama Les Bleus sudah berakhir memandangkan dia juga tidak berada pada prestasi terbaik," katanya.

Benzema yang tampil sebanyak 81 kali buat Perancis hanya menyumbat 20 gol dalam liga buat Real Madrid sejak permulaan musim 2016/17.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen