Kecederaan Ibrahimovic semakin beransur pulih

Oleh Ammar Hakim 5 Jun 2020 25
Kecederaan Ibrahimovic semakin beransur pulih
Zlatan Ibrahimovic semakin pulih daripada kecederaan pada bahagian bawah kaki kanannya, perkara itu disahkan Milan.

Penyerang veteran itu menjadi perhatian beberapa bulan lalu setelah mengalami kecederaan di tempat latihan.

Laporan awal menunjukkan Ibrahimovic mungkin mengalami kecederaan Achilles yang serius, namun imbasan menunjukkan tendon itu dalam keadaan baik dan pemain Sweden itu sebaliknya mengalami kecederaan pada bahagian otot soleusnya.

Selepas sepuluh hari, kelab gembira dengan proses pemuliha Ibrahimovic.

"Milan mengumumkan bahawa Zlatan Ibrahimovic telah menjalani pemeriksaan berikutan kecederaan pada otot solues kanannya," kata satu kenyataan semalam.

Milanello: training in the rain
Milanello: in campo sotto la pioggia #SempreMilan pic.twitter.com/zfo70KyYDQ
— AC Milan (@acmilan) June 4, 2020

"Proses pemulihannya berjalan dengan baik, tanpa komplikasi dan pemeriksaan baru akan diharapkan dalam sekitar 10 hari."

Milan kembali ke aksi Serie A 22 Jun ini, walaupun mereka terpaksa melengkapkan aksi kedua separuh akhir Coppa Italia menentang Juventus.

Ibrahimovic, yang menandatangani perpindahan percuma dari LA Galaxy Januari lalu, telah menjaringkan empat gol dalam 10 perlawanan di semua pertandingan sejak kembali ke Milan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen