Kecederaan Ramsey terus dipantau 

Oleh Staff Writer 6 Disember 2019 66
Kecederaan Ramsey terus dipantau 
Situasi pemain tengah Juventus, Aaron Ramsey, akan "dinilai pada setiap hari" menjelang pertemuan dengan Lazio awal pagi Ahad ini selepas dibelenggu masalah paha.

Bianconeri mendedahkan Ramsey menderita kecederaan tersebut pada akhir sesi latihan semalam. 

Tiada anggaran masa diberikan mengenai sampai bilakah dia bakal tersisih, namun juara bertahan Serie A itu berkata "paha kirinya dikesan telah bekerja berlebihan ", yang bermaksud situasi dia akan terus dipantau. 

Ramsey telah membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan bersama Juve musim ini dengan meledak dua gol setelah menyertai kelab itu secara percuma daripada Arsenal pada Jun lalu.

Juventus kini di tangga kedua Serie A selepas 14 perlawanan, satu mata di belakang pendahulu, Inter.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen