Kejohanan AFC B-19: Adam Nadzmi mahu curi perhatian Maloney 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Julai 2020 443
Kejohanan AFC B-19: Adam Nadzmi mahu curi perhatian Maloney 
Adam Nadzmi Zamri mencipta sensasi tersendiri apabila terpilih dalam latihan fasa pertama bagi persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan. 

Senarai `yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam menyaksikan penyerang Akademi Bola Sepak BISP Cruzeiro itu antara yang terpilih dalam kalangan 35 pemain. 

Penyenaraiannya menawarkan kelainan berikutan dia sedang giat menggilap bakat di kelab yang berpangkalan dekat Thailand itu. 

"Pada awalnya saya agak terkejut apabila terpilih tetapi dalam masa sama, saya berasa gembira kerana menganggap ia peluang sekali dalam 1000. 

"Saya perlu guna kelebihan ini untuk buat sehabis baik dalam pemilihan ini," kata pemain berusia 18 tahun itu.  

Namun, Adam Nadzmi enggan mendabik dada dengan hanya bersandarkan kepada reputasi mendapat pendedahan di luar negara semata-mata apabila tekad mencurahkan segala kemampuannya bagi menambat hati jurulatih, Brad Maloney. 

"Peluang beraksi di luar negara bukan satu tiket untuk saya mendapat tiket terpilih secara automatik. 

"Berdasarkan latihan saya di Thailand, saya diterapkan (pengetahuan membaca) situasi di atas padang selain memiliki kepantasan, jaringan amat penting buat saya sebagai seorang penyerang dalam usaha menarik perhatian jurulatih. 

"Saya mahu terpilih sebab ini merupakan satu peluang.

"Misi saya ialah mencuba sehabis baik di peringkat antarabangsa dan kalau boleh bergelar juara." 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen