Kelayakan AFC B-19: Maloney tanpa tiga tonggak hadapi aksi pemanas badan 

Oleh Staff Writer 3 Oktober 2019
Kelayakan AFC B-19: Maloney tanpa tiga tonggak hadapi aksi pemanas badan 
Skuad B-18 negara bakal berdepan aksi persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa tiga tonggak yang akan berguru bersama FC Tokyo, Jepun, bermula Isnin depan.

Ketua jurulatih B-19 negara, Brad Maloney, menyeru barisan pemainnya yang lain agar memanfaatkan peluang dengan membuktikan keupayaan tatkala ketiadaan tiga tonggak itu.

Tiga pemain berkenaan yang meraih peluang untuk menimba ilmu bersama FC Tokyo itu terdiri daripada Luqman Hakim Shamsudin, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Ahmad Zikri Mohd Khalili.

Pengendali kelahiran Australia berkenaan bakal membawa 24 daripada 32 pemain untuk dipertaruhkan dalam aksi persahabatan di Dubai menjelang pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-19, bulan depan.

"Masih terlalu awal untuk mengatakan pasukan manakah yang akan tersenarai.

"Saya akan buat keputusan muktamad selepas sesi latihan esok," katanya di Padang Latihan Sime Darby, Shah Alam, pagi tadi.  

Skuad muda negara diundi dalam Kumpulan G di samping tuan rumah, Kemboja, Brunei, Kepulauan Mariana Utara dan Thailand. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen