Kelayakan Piala Dunia/Asia: FAM terima tarikh cadangan 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Mac 2020 653
Kelayakan Piala Dunia/Asia: FAM terima tarikh cadangan 
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mengesahkan sudah menerima tarikh cadangan untuk aksi tertunda kelayakan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Skuad Harimau Malaya, yang kini di tangga kedua Kumpulan G dalam kelayakan pusingan kedua itu, masih mempunyai baki perlawanan melibatkan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand. 

Malaysia akan ke Dubai untuk aksi menentang UAE pada 8 Oktober sebelum menyambut kunjungan Vietnam di Bukit Jalil, lima hari kemudian manakala aksi penutup kumpulan dengan Thailand di Bangkok berlangsung pada 17 November.

"Tetapi ini hanyalah tarikh cadangan sahaja.

"Kalendar bola sepak di dunia dan Asia khususnya tiada penetapan (masih samar) dan liga di Asia juga ditunda.

"Tiada pasukan kebangsaan yang mengadakan perlawanan persahabatan,"," katanya hari ini.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen