Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kelibat Brendan curi tumpuan

Oleh Staff Writer 8 November 2019 1205
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kelibat Brendan curi tumpuan
Pemain tengah, Brendan Gan, tetap komited untuk membawa cabaran negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 walaupun terpaksa meninggalkan cahaya mata sulungnya yang baru lahir.

Kelibat Brendan mencuri tumpuan apabila muncul pemain terakhir melaporkan diri bersama skuad kebangsaan hari ini.

Ia sehari sebelum perlawanan menentang Tajikistan berikutan Brendan berada di Australia bagi menerima kelahiran cahaya mata sulung beberapa hari lalu.

Ketika ia menjadi detik paling menggembirakan dalam hidupnya, Brendan, bagaimanapun, terpaksa melakukan pengorbanan demi Harimau Malaya.

"Sukar untuk mana-mana bapa yang terpaksa meninggalkan anak mereka yang baru sahaja dilahirkan. Tumpuan saya kini beralih untuk skuad negara dan berusaha untuk menghadirkan kemenangan," katanya.

Berdepan persaingan sengit dengan lambakan pemain tengah, Brendan mengakui gemar dengan cabaran dan persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya menggemari cabaran dan semua pemain di sini mahukannya bagi menampilkan permainan yang lebih baik. Kami berhak bersaing mendapatkan tempat. Persaingan ini mampu meningkatkan mutu kami dan berusaha meraih kemenangan ke atas Tajikistan sebagai satu pasukan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen