Lampard puas hati dengan persembahan Chelsea

Oleh Staff Writer 11 Julai 2019 2275
Lampard puas hati dengan persembahan Chelsea
Frank Lampard berpuas hati dengan persembahan Chelsea di sebalik keputusan seri 1-1 dengan Bohemians dalam aksi pertama kendaliannya, semalam.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mendahului menerusi jaringan Michy Batshuayi, tetapi Bohemians meraih jaringan penyamaan menerusi Eric Molloy pada minit ke-89 di Dublin.

Di sebalik keputusan itu, Lampard –- dalam aksi pertamanya sebagai pengurus baru Chelsea -- berpuas hati dengan persembahan pasukannya.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar. Ini perlawanan pertama kami dan banyak lagi perkara yang harus dipertingkatkan," katanya.

"Kami telah berusaha dan melakukan perkara yang sama dalam perlawanan ini. Kami mahu meneruskan sesi pra-musim ini dan berharap keputusan yang positif bakal diraih selepas ini.

"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan walaupun seri. Barisan pemain muda mempamerkan kualiti yang memberangsangkan."

Lampard menggunakan 22 pemain yang berbeza dalam aksi persahabatan pra-musim di Dalymount Park itu.

Legenda kelab The Blues itu, yang akan membimbing aksi kedua berdepan St Patrick's Athletic, Sabtu ini, gembira di atas keinginannya pemain-pemain untuk menimba pengalaman baru.

"Kami perlu meningkatkan lagi tahap kecergasan pemain untuk permainan yang memiliki keamatan tinggi. Saya bukan hanya gembira mereka melakukan apa yang telah diarahkan tetapi pemain-pemain turut menampilkan sikap yang profesional."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen