Lazio terbayang Scudetto selepas tewaskan Inter

Oleh Staff Writer 17 Februari 2020 233
 Lazio terbayang Scudetto selepas tewaskan Inter
Sergej Milinkovic-Savic tidak nampak alasan mengapa Lazio tidak bersaing dengan Juventus dan Inter bagi perebutan Scudetto setelah merapatkan dengan dua pasukan teratas Serie A itu dengan satu mata.

Milinkovic-Savic mencetak gol kemenangan buat Lazio untuk mengatasi Inter 2-1 dalam pertemuan di Stadium Olimpico, awal pagi tadi.

Jaringan Inter menerusi Ashley Young dipadamkan oleh sepakan penalti Ciro Immobile sebelum ledakan gol Milinkovic-Savic ketika permainan di Rom berbaki 21 minit meletakkan Biancocelesti di hadapan.

Dengan kemenangan itu, Lazio merampas kedudukan kedua milik Inter dan meneruskan rentak tanpa kalah dalam Serie A kepada 19 perlawanan sejak September lalu yang juga merupakan rekod kelab.


Our new boy @youngy18 settling in nicely 😅#LazioInter #FORZAINTER ⚫️🔵 pic.twitter.com/sKQYEcV5Ew
— Inter (@Inter_en) February 16, 2020

"Memang saya yang menjaringkan gol tetapi keseluruhan pasukan yang membantu meraih kemenangan ini. Seperti yang kami katakan beberapa hari yang lalu, kami adalah sebuah keluarga dan kami ingin meneruskannya seperti ini," katanya kepada Sky Sport Italia.

"Inter tidak beraksi dengan baik dalam babak pertama dan kami mencipta lebih banyak peluang, tetapi mereka terlebih dahulu yang menggegar gawang. Jadi ketika di bilik persalinan, kami bertekad untuk menguasai permainan dan kami kembali dengan sikap yang sama, seolah-olah keputusan masih 0 -0.

"Apa yang kami rasa perlu dicapai adalah tempat dalam Liga Juara-Juara (UCL) tetapi jika kami sudah memiliki peluang, mengapa tidak kami mencabar Scudetto?

"Inter tidak akan berputus asa susulan kemenangan kami ini. Kami tidak akan menyerah, tidak kira apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, kita akan melihat sejauh mana ia akan berlaku."

Juara Coppa Italia musim lalu itu tidak mengecapi Scudetto sejak era Sven-Goran Eriksson pada 2000.

Editor: Shaiful Shamsudin

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen