Mata puji kemampuan dimiliki Sancho

Oleh Nafis Abdullah 10 April 2020 236
Mata puji kemampuan dimiliki Sancho
Pemain tengah Manchester United, Juan Mata, melabelkan Jadon Sancho sebagai pemain hebat tatkala penggempur Borussia Dortmund itu dikaitkan untuk menyertai pasukannya.

Sancho, 20, dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris selepas menyinar selama dua musim di Dortmund.

Menerusi Instagram Live, Mata ditanya tentang pemain England itu yang dikatakan menjadi sasaran United.

"Anda mahu saya katakan apa?" katanya.

"Semua tahu dia seorang pemain hebat. Dia mengharungi musim yang memukau di Dortmund tetapi bukan tanggungjawab saya untuk bercakap mengenainya.

"Sudah tentu saya sukakannya sebagai pemain tetapi tidak boleh menjawabnya."

Sancho telah meledakkan 14 gol dan mencipta 15 bantuan jaringan dalam 23 penampilan Bundesliga sebelum saingan ditangguhkan akibat coronavirus.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen