MFL tunggu pengesahan MKN

Oleh Ammar Hakim 31 Mei 2020 54
MFL tunggu pengesahan MKN
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya menunggu pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengadakan rundingan kembali berhubung apa tindakan selanjutnya bagi menjelaskan lagi status Liga Malaysia musim ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL hanya menunggu masa bila arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan untuk terus membuat permohonan semula selain membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu.

"MFL terus menunggu butiran daripada pihak MKN sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ghani Hassan.

Ketika ini, permohanan memulakan aksi liga masih dikekalkan bermula September ini, namun sesi latihan mungkin akan diawalkan bergantung kepada kelulusan MKN.

"Bagi peringkat awal ini, kami mahu mendapatkan kebenaran untuk memastikan pasukan dapat menjalani latihan terlebih dahulu."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen